Sunday, April 12, 2015

Karma

Duhai Hati,
Ingin aku luahkan tapi tak tahu bagaimana....
Siapa aku dihatinya...
Siapa aku dalam dirinya....
Siapa aku dimatanya...

Duhai Hati,
Mengapa aku dilakukan sebegini....
Adakah ini hukum karma bagiku...
Jika ini adalah hukum karmaku...
Aku terima dengan kepasrahan....

Duhai Hati,
Aku terima seadanya siapa dirinya...
Aku tak mungkin merampas kebahgiaan wanita lain...
Biar pun aku tahu siapa kau dan mungkin sudah berpunya...
Aku rela lepaskan kau pergi...

Duhai Hati,
Pada Waktu ini mungkin aku tak rela diperlakukan kejam seperti ini.
Kerna aku tahu ini mungkin
Hukum KARMAku.....

Monday, December 30, 2013

CINTA ITU MEMANG BUTA

Muhasabahkan diri..

Apa yang berlaku selama ini memang perit dalam kehidupanku.
Ingin ku luahkan tapi tak berdaya ...
Orang yang Terakhir aku sayang kini bertindak kejam ...
Aku tahu kau sudah mempunyai keluarga..
Tapi Mungkin di kala ini kau terlalu bahagia dengan keluargamu..

Sanggup kau membohongi aku..
Sekarang bukan mudah untuk aku percaya pada lelaki..
Apa yang patut aku lakukan,
Aku hanya mendengar kata manis mereka tapi aku bersikap jujur menyatakan bahawa
aku tak mempercayai kaum adam ini lagi..
Dulu kepercayaan itu aku berikan sepenuhnya padamu...
Namun kau permainkan perasaan aku.

Sesudah itu senang benar kau membuang aku dalam hidupmu.
Apa yang aku rasakan sekarang adalah kosong,
Walaupun terdapat insan lain yang cuba menyelam dalam jiwaku...

Mereka yang mencuba menyelam jiwa ini tidak lagi mendapat kepercayaan dari diriku.
Terdetik aku memikirkan kembali bahawa aku dulu amat mencintai seseorang sebelum kamu.
Tapi sanggup aku mengecewakan dirinya hanya kerana kamu,...
Kau bersikap mengambil berat atas diriku...
Tapi baru aku sedar bahawa dia sebenarnya yang masih setia menungguku...

Ingin aku bertukar kembali masa silamku,
Aku tidak mahu kerana takut untuk mempermainkan persaannya lagi...
Apa yang perlu aku lakukan adalah tunggu dan tunggu...
Disaat aku kesunyian dia mengambil berat tentang aku
Walaupun aku tahu dia mempunyai kekasih yang lain tapi bertindak jujur
Bahawa aku masih lagi didalam hatinya.

Segalanya telah terlambat sebab aku telah melepaskanmu.
Dan telah terlambat kerana aku melukai hatimu..
Maafkan aku kerana aku telah BUTA MENILAI INTAN DAN PERMATA.


Sunday, August 18, 2013

Hati ku berkata


Salam pada hati,

Bila aku ada seseorang yang cuba ingin memenangi hati aku,
Aku cuba untuk lari darinya,
Bila dia cuba mengambil berat tentang diriku,
Aku cuba mengelak diri daripadanya.

Entah,
Kemana matlamat hidupku sekarang ini....
Dengan kerjaya dan diri yang tidak kukuh...
Ingin mencari tapak tapi tidak bermodal...
Ingin mencari jodoh tapi tidak ada pasangannya...
Bila difikirkan bukan aku sahaja yang mengalami masalah ini..
Ada yang lebih teruk menghadapi dugaan hidup..

Tapi,
Mereka tetap tabah mengharunginya.
Ingin mengadu tapi tidak tahu siapa yang ingin dijadikan sebagai tempat mengadu.
Ingin dibelai tetapi tidak tahu siapa yang akan memberi kasih sayang.


Wednesday, July 31, 2013

Assalamualaikum Cinta,
Hari ini aku bersyukur kerana masih bernafas di bumi Allah ini.
Perkenalan aku dengannya (jejaka A) sejak dari bulan 12/2012 adalah saat gembira...
Tapi setelah sekian lama baru aku sedar lamanya berkenal tapi tiada apa-apa yang dapat merubah diri aku ini...
setelah itu aku berkenalan dengan seorang jejak (jejaka B) pada bulan 7/2013.
Jejaka itu, melamar aku dan lebih pelik aku selalu memikir meskinpun aku dan dia tidak bersemuka tapi dia terlalu mencintai aku...
InsyaAllah, jika ada jodoh aku dengannya.. aku redha dan terima dirinya dengan ikhlas...
Mungkin bagi jejaka A aku terlalu awal sangat untuk membincangkan tentang ikatan ini..
Tapi bagi jejaka B dia sudah letih dengan ikatan tanpa bertali ini..
Apa yang boleh aku fikir kan sekarang ini aku perlu berhati-hati dalam mencari erti kebahagiaan...
INSYAALLAH ADA JALANNYA

Sunday, June 16, 2013

Kaya VS Miskin

Tetiba terfikir sesuatu....Apa yang berlaku ini mungkin ujian bagi mereka..Tapi bagi aku, aku ambil sebagai pengajaran....Hmmm.....Mana lagi ingin ku luahkan...Memang benar solat dan selalu berdoa kepada Allah adalah Jalan terbaik..Tapi kadang-kadang kita kene fikirkan yang kita perlu berusaha bukan hanya duduk dan duduk sahaja...Macam mana ingin ku mulai cerita ini....Pengalaman jiran aku yang beranak lima yang mempunyai suami yang kerja lebih bagus dari aku..Isterinya yang teruk mencari duit untuk membiayai pelajaran anaknya dan memcari sesuap nasi untuk diberi makanan kepada anaknya....Tapi yang peliknya lelaki nya yang sihat dan tidak mencari kerja dan hanya duduk dirumah tanpa membantu isterinya..Ya Allah, Aku dpat lihat kesusahan yang terpancar di muka isterinya..Apa yang dapat aku tolong hanya membantu daripada belakang..Walau pun aku tahu tidak dapat membantu dengan cara kewangan...Walaupun, masalah yang dihadapi oleh isterinya amat besar tanggungjawabnya...Tapi tetap tabahkan diri menghadapi semua itu....Semoga dia dapat tabahkan diri lebih lama lagi....

Thursday, December 27, 2012

Tergamak untuk berlaku Curang


19 DISEMBER 2012

Ya Allah, tak pernah aku jangkakan yang aku akan sakit dan luka separah ini...
Sanggup dan tergamak orang yang aku sayang lakukan seperti ini...
Apa yang terjadi antara aku dan Fauzi Hazir adalah :-
Kali ini aku menyiasat latar belakangnya dengan bertanya kepada adik kandungnya tentang
abangnya...
Yang selama ini aku inginkan kesahihan tentang diri Fauzi ini.
Apa yang mengejutkan aku bahawa Fauzi mempunyai 2 orang anak yang masih kecil dan mempunyai seorang isteri yang masih hidup.
Memang benar semuanya berita yang dia telah berkahwin itu...
Patut la firasat aku asyik ingin suruh bertanya dengannya bahawa dia telah berkahwin atau belum lagi.
Setiap aku bertanya tentang perkahwinannya dia akan berkata bahawa dia belum berpunya dan belum berkahwin.
Setelah aku mendapat tahu dirinya siapa melalui adik kandungnya .Barulah segala pertanyaan aku ini terjawab . Memang terasa diri ini bodoh sanagt sebab aku terlalu sayangkan dia.
Apa yang penting aku boleh mengawal perasaanku dengan tabah.
Tapi pada kenyataannya, tiada siapa yang nampak bila aku menangis.

Aku inginkan kepastian pada Fauzi. Lalu aku menghantar mesej kepadanya.Aku tahu dia membaca mesej yang aku berikan. Tapi sikap pengecutnya amat ketara kelihatan. setelah itu aku meyedari kehadiran bahawa dia membaca mesejku lalu aku memikirkan untuk membuatkan dia membalas mesejku.
Tapi pada kenyataan dia telah mengetahuinya daripada adiknya. Bagi aku dia nampak pengecut kerana tidak boleh menyelesaikan masalah biar pun masalah itu dia yang timbulkan.

Ya Allah, dia membuat pengakuan,
Hanya Allah yang tahu betapa sakit dan peritnya hati ini.
dan dia meminta maaf berulang kali dengan berkata semua yang dia lakukan adalah tanpa niat.
Aku macam tak percaya lelaki yang tampak baik tetapi penuh lakonan semata-mata.
Curang terhadap isterinya.

Terlalu banyak syarat yang aku berikan untuk membuat kan aku maafkan dirinya.
Malah aku pulak rasa bersalah kerana menghukum dirinya.
Aku tahu Allah akan membalasnya kelak. Tapi bila difikirkan balik aku terlalu marah akan sikapnya sewaktu dia kursus di sini. Mana taknya, Aku dilakukan seperti orang bodoh yang menurut semua kehendaknya.
Sanggup aku mencari wang walaupun aku tahu aku sedang hidup susah di waktu ketiadaan ibu dan bapaku.
Kalau dia mengerti dengan kesusahan diriku waktu itu aku boleh terima. Tapi yang lepas tu aku ambilkan sebagai pengajaran untuk diriku.

Setelah 8 hari berlalu akhirnya aku kembali untuk meneruskan hidup aku seperti seorang bujang yang biasa.
Apa yang aku harapkan dari dirinya agar tidak akan melakukan benda yang sama terhadap wanita yang lain dan aku pun tidak akan memberitahu kepada keluarganya tentang apa yang berlaku tentang hubungan kami.
Dan dia telah menyatakan bahawa dia telah menyesal melakukan sedemikian.
Kami menjadi kan hubungan kami ini sebagai adik dan abang angkat.
Semua ini berlaku kerana aku ingin menjaga hubungan Fauzi dan keluarganya.
Hati aku terlalu lembut untuk bertindak kejam terhadap isterinya kerana aku tahu perasaan seorang wanita itu apabila dikecewakan. Oleh itu aku tidak mahu meruntuhkan masjid yang telah dibina oleh mereka sekeluarga. Apa yang penting sebagai wanita aku harus mengerti apa yang berlaku jika aku ingin bertindak sesuatu...


Thursday, December 6, 2012

Sweet Memory 9/12


Assalamualaikum........
Rasa dah lama sangat aku tak update aku punya Blog Luahan Hati ini....hahahhaha......
Ade bau-bau jiwang pulak....
okay.....Senang Citer la....Hati pun dah senang sekarang ini...
Yang penting Kisah FarAmy dalam diri aku tak ada dan IsyaAllah tak akan wujud lagi.
Yang wujud adalah F&F hahahaha,.......jangan jadi Verses lagi sudah la kan....
Kalau diceritakan kembali, Sewaktu aku hanya berkawan dengan F ni aku hanya ingin permainkan dalam lama sosial sahaja....Tapi entah macam mana boleh jadi sepasang kekasih....Yang peliknya sanggup aku tunggu nya walau pun aku tahu aku tidak dapat berhubung dengan nya.....klo ikut kan dia memang susah nak ada kat darat ni...sebab dia bekerja di darat jew....hahaha....dah macam ikan pulak dia ni....
sewaktu mula aku dengan F ni si FarAmy cuba campur dalam hubungan kami. Hendak memecah belahkan antara aku dan F&F...hmmm....walau ape pun aku tetap sabar dan tahan dengan fitnah yang diberi,...
Alhamdullillah skarang 12hb Dec 2012 dah seminggu FarAmy x kacau aku dah....
Alhamdullillah syukur sangat-sangat sebab Allah pertemukan aku dengan F ni....
Walaupun degil tapi biase la setiap insan dalam dunia ni mesty ade kekurangan nya kan....
Macam kesilapan juga, setiap manusia tak pernah lari dari kesilapan.kan3....huhuhu....
InsyaAllah doa  kan Kami yew....


yang benar,